Tentang Bakul K2K
BOOKS
Bakul K2K adalah peluang anda menyediakan makanan yang sihat dengan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga. Dengan pilihan sayur-sayuran, protein (ayam, telur, dan ikan), dan barang kering, Bakul K2K dihantar ke kompleks perumahan anda setiap minggu.
Kami percaya bahawa setiap orang berhak menikmati harga terbaik untuk produk berkualiti dengan cara yang mudah. Kami menyediakan apa yang anda perlukan terus ke rumah anda. Untuk ketika ini, kami hanya beroperasi di PPR Kg Baru Hicom. Sekiranya anda menyukai produk kami tetapi anda tidak menginap di PPR Kg Baru Hicom, sila hantarkan mesej kepada kami supaya kami tahu ke mana langkah kami seterusnya!
K2K bekerjasama dengan komuniti untuk mengurangkan kos sara hidup dan memperbaiki kehidupan di perumahan awam dengan membawa program-program yang bersesuaian kepada komuniti. Sila layari laman kami untuk mengetahui bagaimana K2K boleh membantu anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan K2K.
K2K adalah program dibawah seliaan Think City Sdn. Bhd.